Sememangnya budak itu manusia yang jujur

Akhir bulan April yang lalu, aku dan rakan sekerja merangkap housemate telah ditugaskan untuk ‘menjaga’ murid tahun 6 selama 3 hari 2 malam di sebuah tempat di Pasir Gudang.

Rasanya untuk tahun ni saja dah berapa kali aku keluar untuk aktiviti di luar sekolah. Tapi tak mengapa, aku redho sajo. Bila lagi nak tido dengan budak-budak

Jadinya semua berlalu dengan normal dan seperti biasalah, cikgu perempuan kena tido satu rumah dengan budak perempuan. Sebelum tido aku sempat la suruh budak-budak islam untuk ambil wuduk dan baca ayat kursi ramai-ramai.

Malam pertama tido di tempat asing. Awal kitorang tido malam tu. Aku jangan cakaplah. Letak je kepala terus tido. Tak sempat dah nak rasa tak selesa ke apa ke. Janji boleh tido. Esok kena bangun awal kejutkan dorang solat subuh.

Pagi esoknya aku berjaya bangun sebelum pukul 5. Tengok budak seorang pun tak bangun lagi lantas aku membuka suis lampu sambil memekik suruh bangun.

Dan tetiba ada seorang budak bersuara, “Cikgu Ezzah baru bangun tido pun comel”. Dan time tuh aku tak tau nak buat reaksi macam mana. Nak marah ke nak gelak. Dan tiba-tiba jugak aku teringat, budak-budak tak pandai menipu. Dan yang paling ajaib, kata-kata tu datang dari budak yang agak pendiam kat dalam kelas. Kiranya kejujuran dia tak dapat diraguilah. Hahahaha

Dan time tu baik aku punya cover, “Eh, saya bangun tido pun comel ke?” sambil tonyoh2 mata sebab time tu aku sebenarnya nak marah ada budak yang liat nak bangun tapi bila dengar kawan dia cakap macam tu terus aku nak gelak.

Kerana sesungguhnya budak itu jujur dan tidak pandai menipu..

Manusia forever alone..

Lama betul aku tak post something kat sini. Kalau dalam dunia realiti yang memakai kertas, pastinya blog ini sudah berbau lipas.

Ok lah. Disebabkan usia dan ringgit yang semakin meningkat, banyaklah aku dan rakan-rakan dihujani dengan pertanyaan “Bila nak kawen?” ataupun “Tak sabarnya nak ada baby”. Ok jujur aku cakap soalan ni memang berat betul aku nak jawab. Hairan aku. Ahmad Maslan boleh je jawab dengan selamba sebab apa ringgit jatuh. Aku soalan macam ni pun tak boleh jawab. Dah kenapa kan. Terasa bodoh pulak.

Sebabnya jawapan aku adalah agak berlainan sekali dengan manusia yang lain. Kiranya aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia aneh. Boleh gitu? Belia yang sebaya umur dengan aku dalam lingkungan tahun lahir 1990-an mesti jawab, “InshaAllah, doakan”. Kalau aku didoakan sebegitu, aku hanya diam membisu sambil mengetap gigi jerr. Haha.

Kesian kat aku. Dah dilahirkan sebagai seorang individualist nak buat macam mana. Tak mampu nak bagi komitmen dalam hubungan antara manusia. Semua hubungan dengan manusia berjantina lelaki sebelum ni hanya berakhir di garisan friendzone saja. Tak mampu nak meneruskan ke peringkat seterusnya. lulz

Capture

Sekian sahaja cerita mengenai manusia forever alone..

Terima kasih sudi baca 🙂

Kehidupan baru

Alhamdulillah aku dah selamat dipostingkan ke tempat yang masih berada di semenanjung Malaysia pada akhir Januari yang lalu. Walaupun pada hakikatnya nak kat Sabah dan Sarawak, aku sedar kalau aku dapat sana memang meraung 7 hari 7 malam mak aku. Mak kan..biasa la. Kalau boleh setiap satu jam nak telefon. Nak pulak kalau dapat kat pedalaman yang takde line tu. lulz

Dipendekkan cerita..aku dah start mengajar officially. Aku dapat kelas paling belakang tahun dua, kena ajar matematik. Berikut adalah situasi pertama waktu mula2 aku masuk mengajar kelas tu.

Situasi 1

Aku sedang menulis tarikh dan haribulan di papan putih

Budak 1: Cikgu, kenape cikgu tulis tangan lain?

Budak 2: Cikgu, kenape cikgu guna tangan lain?

Budak 3: Cikgu, peliknya cikgu tulis tangan lain.

Aku: Cikgu memang tulis guna tangan kiri (dengan nada bangga)

Budak 3: Ooo..cikgu tulis guna tangan basuh berak

Aku: =_=”

Moral of the story: Budak kelas belakang..what do you expect?

Terima kasih sudi baca 🙂

Kesetiaan

Aku mempunyai emotional attachment yang sangat tinggi dengan barang-barang aku tetapi ajaibnya tidak dengan manusia. Aku pun hairan kenapa. Barang-barang aku juga sudah pastinya sangat menyayangi tuannya sekiranya mereka mempunyai perasaan kerana aku sangat pandai menjaga mereka. Nampaknya hubungan kasih sayang aku dengan barang-barang hanya bertepuk sebelah tangan tetapi tidak mengapa kerana mereka tidak pernah menyakiti aku. Gituh.

Sepanjang aku belajar di IPG kampus Sultan Mizan yang terletak di Besut. Aku mempunyai sehampar tilam (aku tak pasti penjodoh bilangan apa yang sesuai dipakaikan kepada tilam). Dalam banyak-banyak barang berharga yang bermastautin di dalam bilik aku, tilam adalah harta kerajaan yang paling aku sayang.

Nak cakap betapa aku sayangnya tilam tersebut sehinggakan setiap kali pemindahan bilik dibuat, aku rela ke kedai kunci untuk menduakan kunci bilik lama so that aku buleh masuk ke bilik lama untuk mengambil tilam tersebut sewenang-wenangnya. Aku tak kisah sekiranya aku dipindahkan ke bilik tingkat paling atas sekalipun kerana aku tetap gigih membawa tilamku memanjat tangga.

Dan aku mengakui bahawa dalam banyak-banyak hubungan yang pernah aku lalui, hubungan dengan tilam aku adalah hubungan yang paling berjaya. Aku sangat sayangkan tilam aku. Kalau boleh hari terakhir tu pun aku nak angkut bawak balik umah tapi apakan daya, nanti orang kata aku gila pulak. Aku berharap semoga tilam tersebut mendapat pemilik yang mampu menyayangi dia sepertimana aku menyayanginya.

Tapi aku sangat terkilan sebab aku lupa nak letak nama tilam tuh sebab terlalu asyik menikmati keseronokan dan kebahagiaan bersama tilam tersebut. So, tilam aku takde nama start dari aku jatuh hati sehinggalah hari terakhir aku di IPG.

Sekian sahaja hikayat tilam selama 5 tahun setengah..

Terima kasih sudi baca 🙂

Sejenis manusia itu

Aku merupakan sejenis manusia yang self-centered, ignorant, tamak dan gila kuasa secara semulajadi. Kemudian tuhan berikan aku agama, akal dan perasaan untuk menilai diri sendiri, kehidupan dan perangai manusia. Dan sesungguhnya aku ngeri. Tapi pada masa yang sama aku bersyukur kepada tuhan kerana sudi memberikan aku peluang untuk hidup menikmati kehidupan yang sementara. Terima kasih tuhan

Terima kasih sudi baca 🙂

Hobi kecik-kecik dulu

Dulu masa aku kecik-kecik tak dak maknanya nak main iphone ataupun tab macam budak-budak sekarang. Budak-budak zaman sekarang yang baru tinggi lutut pun dah pandai bukak game main sampai stay up pukul dua tiga pagi. Dasyat beb. Permainan elektronik dulu yang paling canggih pun brick game yang screen monochrome tuh. Kalau yang up sket beli game digimon. Time tu habis bangga gila lah. Tapi aku ingat lagi, mak aku tak bagi beli game tu sebab mak aku kata bukannya dapat faedah apa pun bela menatang dalam game. Bukan boleh belai pun. Jadinya aku akur dengan kata-kata mak aku.

Disebabkan mak abah aku kesian dengan anak perempuannya yang kesunyian dan takde game best, abah aku pun belikan aku satu komik setiap bulan. Kerlas gila abah aku kan. Komik tu bukan komik manga yang ada lukisan awek2 jepun yang cun tuh. Tapi komik KAWAN derr. Komik local terbitan utusan karya. KAWAN tu stands for Kami Anak Wawasan. Gila ilmiah bahan bacaan aku. Jadinya setiap bulan aku akan baca komik tersebut. Abah aku beli komik tu dari aku darjah satu sampai aku tingkatan berapa ntah.

Tu la nak kata betapa ilmiahnya komik tu sampai ada la satu time tuh family aku tengah menonton rancangan ‘Who Wants To Be A Millionaire’ kat ntv7. Ada la satu soalan ni, harga tinggi jugak la dan orang tu tak leh jawab dan cuba guna talian hayat.

Soalannya berbunyi begini,

Berapakah bahagian yang terdapat dalam perut lembu?

Aku pun dengan selambanya jawab 4 bahagian. Mak abah aku macam pelik jap macam mana aku buleh tau perut lembu ada berapa bahagian. Sebabnya seingat abah aku dia cakap tak pernah pulak aku join turun sembelih lembu dengan dia. Lulz.

Aku buat derk sampaila Pak Jalal bagitau jawapan yang sebenarnya. Dan memang betul la ada 4 bahagian. Perghh..time tu aku bangga gila beb. Well, not bad la kan budak darjah 4 tau lembu ada berapa bahagian perut. Orang tu pun boleh jawab lepas dia guna talian hayat. Dan aku baca pasal bendalah tu kat kat komik Kawan la. Tu ar nak cerita betapa ilmiahnya komik tersebut sampaikan  silibus biologi tingkatan 4 pun budak darjah 4 boleh jawab. Tapi of course la aku tak tau lagi time tu yang lembu tu ruminant sebab tu ada 4 bahagian perut.

Post ini adalah tribute aku untuk komik Kawan abah aku beli setiap bulan yang menjadi peneman setia aku ketika smartphone masih belum wujud. Walaupun hanya komik local tapi banyak kenangan aku dengan komik tersebut. Terima kasih abah. Terima kasih komik Kawan.

Hari tu aku dengan mak aku dok kemas-kemas barang lama-lama aku. Terjumpa komik Kawan, mak aku cakap,

“Walaupun hang dulu sangat berwawasan nak jadi engineer tapi last-last jadi cikgu. Tak pa la. Jadi cikgu pun berwawasan jugak”

Amboi deep.

Sehingga ke hari ini, aku bersyukur kerana dilahirkan pada tahun yang tiada smartphone dan tidak terdedah kepada media sosial sejak dari kecil. InshaAllah anak aku nanti pun aku nak beli bahan bacaan ilmiah dulu sebelum smartphone sebab aku geram budak2 zaman sekarang malas membaca

Terima kasih sudi baca 🙂

Sudah habis belajar

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian aku pada bulan november yang lalu. InshaAllah dalam bulan jun 2015 aku dapat la ijazah Bachelor of Education (Hons.) bagi jurusan Sains Pendidikan Rendah. So yes, tahun 2014 adalah final year aku. Tahniah juga kepada final year yang telah berjaya menghuru-harakan kehidupan aku dan memberi aku begitu banyak pengajaran dan pengalaman sepanjang 2014 ini.

Disebabkan oleh kesibukan yang terlampau, aku telah melupakan keinginan untuk membaca blog dan mengupdate blog. Microsoft Word yang dahulunya aku selalu gunakan untuk taip draft entry telah digunakan secara maksimum untuk menyiapkan thesis dan assignment. Nak kata betapa lamanya aku tak baca blog sampaikan Namee Roslan cantik yang dah beranak hari tu pun dah mengandung untuk kali kedua dah. Dan yang paling tekenjut sekali bila bukak setting blog tengok dah lain semacam sebab wordpress dah ubah interface dia. Agak terkial-kial aku di situ.

Tapi tak mengapa, aku menerima perubahan tersebut dengan hati yang terbuka. Dan memandangkan aku kini merupakan seorang penganggur yang banyak menghabiskan masa dengan tido, aku merasakan tabiat tersebut sangatlah tidak mendatangkan duit ataupun ilmu kepada aku. Lantas aku ke kedai buku mencari sebijik dua buku yang boleh mengaktifkan neuron-neuron kat otak. Lupa nak cakap, disebabkan aku ini manusia yang tidak bekerja, mak dan abah telah memberi sedikit wang ehsan untuk membeli sebarang dua kehendak aku.

Ok sambung pasal buku yang aku nak beli tadi. Sebenarnya aku ada banyak lagi buku yang belum dibaca sebab semuanya content heavy-heavy belaka. Sakit otak aku nak hadam. Oleh itu, adalah sangat perlu bagi aku untuk mencari buku yang mempunyai content yang ringan-ringan agar aku boleh melepaskan diri daripada heavy content buat seketika waktu.

Buku yang berjaya aku beli adalah buku Catatan Matluthfi. Aku beli setelah aku baca banyak positive review pasal buku ni. Secara jujurnya bukunya best yang tersangatlah. Buku ni boleh buat kau senyum sorang-sorang macam orang angau yang meroyan. Bagi aku agak deep dan banyak lawak-lawak yang sarkastik. Aku penah terbaca orang yang sarkastik ni IQ dia tinggi. Aku syak IQ mat ni tinggi sebab tu dia sarkastik. Terima kasih mat. Baguih hang buat buku. Harga buku ni RM 25, kalau ada special card ke apa boleh tunjuk sebab dapat diskaun dalam 10 percent camtu haa. Nah aku belanja sebijik dua,

catatan matluthfi

 From Catatan Matluthfi:

Perut aku bunyi sebab lapar, so aku urut la dia then kata, “Shhh..diam..”

Orang putih sebelah ni muka terkejut gila ingat baby aku menendang.

 

“Aku doakan kawan aku yang baru berkahwin supaya cepat dikurniakan cahaya mata.

Dia doakan aku cepat dikurniakan cahaya. Ini biadab”

 

Kalau bini aku jeles aku ada peminat keliling pinggang, aku nak jawab:

“Pinggang saya kecik, cukup untuk seorang peminat ja”.

Bajet gila.

Jangan senyum. Tapi mesti kau dah tersengih macam kerang busuk. Sekian

 Terima kasih sudi baca 🙂