Layak ke aku?

Aku ada satu penyakit iaitu penyakit ragu-ragu tentang masa depan. Dulu aku takde pon penyakit ni tapi entah macam mane bila aku kuar je sekolah, penyakit ni tiba-tiba datang menyerang aku dengan sungguh tragik sekali dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam. (Ayat bm tak leh blah) So, sampai sekarang la penyakit ni menghantui aku.

Keraguan yang sedang mengacau fikiran aku sekarang ni adalah keraguan aku menjadi seorang cikgu aka guru.  Aku ni sebenarnya tak penah minat pon nak jadik cikgu. Yang menyungguh sangat nak suruh aku jadi cikgu ni mak aku la. Tapi tak pa..maybe, mother’s choice is the best.. 🙂

Tahap keraguan aku makin meningkat bila aku terbaca satu artikel kat internet pasal the best education system in the world. Sebenarnya benda ni dah lama. Aku tau waktu pensyarah bahasa inggeris bagitau pasal system pendidikan kat Finland. Aku pon dengan azam yang kuat ingin mengetahui serba sedikit pasal system pendidikan secara global start lah mencari maklumat pasal benda alah ni. kalau nak lebih, buleh baca sini

Ni serba sedikit pasal sistem pendidikan di Finland:

1. kemampuan guru akan dinilai sebelum mereka mengajar, bukan selepas mengajar. Semua guru mesti mempunyai ijazah sarjana (master) dan hanya pelajar yang grad first class sahaja yang akan dilantik menjadi guru. Hebat gila kan?

2. Di Finland, semua pendidikan, termasuklah pengajian tinggi (universiti) adalah percuma dan konsisten.

3. Untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan, individu tersebut perlu layak untuk mengajar. Kesemua pendapat atau penambahbaikan perlu datang daripada pemikir yang merupakan golongan pendidik juga.

4. Di Finland, guru-guru dibenarkan untuk menggunakan kepakaran dan pengalaman mereka tanpa diajar oleh golongan yang bukan warga pendidik.

5.  Sistem pendidikan di Finland tidak akan dipengaruhi oleh propaganda politik. Hal ini kerana mereka berpendapat bahawa reformasi pendidikan adalah satu tempoh jangka masa yang lama dan sistem pendidikan tidak patut diubah hanya kerana tampuk pimpinan politik berubah. Tak macam kat Malaysia ni, dulu PPSMI sekarang dah mansuh PPSMI dan mula benda baru pulak, MBMMBI. No offence..haha

So, mengimbau balik pada keraguan aku tadi, aku rasa macam aku belum layak untuk jadi cikgu. Mujurlah belum nak grad lagi. Kalau dah dekat nak grad, tapi rasa tak layak lagi kan dah gelabah duduk. Kalau ikotkan Finland punya qualification untuk jadi cikgu, memang aku ni dah lama tersingkir. Tapi disebabkan aku ni di bumi Malaysia, kerajaan masih memberi peluang kepada orang yang macam aku ni untuk jadi cikgu.

#rasa.macam.nak.ambik.course.engineering.lepas.grad.nanti 

Advertisements