bila dah besar…

Biasalah kan bila dah besar. Macam-macam benda kena pikir sampai kadang-kadang tu tak larat nak pikir. Tapi benda yang kawan aku pikir ni ada jugak betulnya. Bagus betul kan kawan-kawan aku. Sebab diorang lah aku mampu berpikir benda macam ni. 

Yang ni jangan salah sangka ok. Komen aku takat pukul 18:26 jer. Yang komen start pukul 18:27 sampai ke bawah tu ehem..ehem..Tempat pengajian beliau: UiTM Puncak Alam. Jantina beliau: Pompuan

Yang ni kawan aku yang bakal grad tak lama lagi. Tempat pengajian beliau: UTM Skudai. Jantina beliau: Lelaki

Nama dan beberapa perkataan terpaksa di’blur‘kan kerana agak offensive sekiranya ditayangkan di khalayak umum. Malu ler beliau. Aku rasa umur aku ni memang dah layak untuk terima kad kahwin sebab dah ramai  kawan aku yang kawen tapi aku belum cukup layak untuk bagi kad kahwin. Aku rasa macam muda lagi. Habis tu, yang dah kawen tu dah tua sangat ke? mihmihmih

Advertisements

To Kill A Mockingbird

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

manage to end the novel despite all the things I’ve encountered throughout this semester. It’s a very good book indeed. I can’t agree no more about the reviews written by The New York Times, Time Magazine, New York Herald Tribune, etc. Well, of course it is. Harper Lee is the winner of the Pulitzer Prize and this book has been recognized as a masterpiece of American Literature. She really know how to make people fall in love with her writing. 🙂

‘People in their right minds never take pride in their talents’. Well said Harper Lee

Kecantikan versus kepintaran

Dulu aku tak pernah pikir sangat pon pasal 2 benda yang sering menjadi ukuran seseorang perempuan. Waktu aku sekolah dulu pon memang kebanyakan kawan aku pandang kecantikan (aku pon sama) tapi bagi kitorang, kepintaran tu lebih penting dan majority kawan aku dan termasuklah aku sendiri akan pandang orang cantik yang pandai. Orang putih kata ‘beauty with the brain’.  Tapi sejak aku dah meningkat tua ni, tetiba aku rasa macam kecantikan tu lebih diutamakan berbanding kepintaran. Katanya, kepintaran tu  boleh diasah tapi kalau kecantikan tak boleh diasah macam kepintaran. Oh dunia…

Tapi, sapa yang tak suka kecantikan kan? Aku suka, kawan aku suka, rumet aku suka, mak aku suka, semua orang suka, Allah pon suka. Tapi aku percaya yang kecantikan sebenar terletak pada hati dan bukan pada paras rupa semata-mata. Jom sama-sama mencantikkan hati. Wajah yang cantik akan terpancar daripada hati yang cantik. Wow..manis sungguh aku berkata-kata.

#tapi kalau orang tu cantik, pandai dan baik lagi solehah, untunglaa.. 🙂