Zaman dulu-dulu

Aku konfem orang yang lahir tahun 90-an dan sebelum 90-an mesti ingat lagi time dulu-dulu..Kalau nak contact orang waktu dah habis keja, ataupun bila dah siap shopping mahupun urusan apa, mesti cari pondok telefon yang berdekatan. Tapi sebelum sampai kat public phone tu pon kena pikir jugak, ada spare syiling tak dalam poket. Syiling 10 sen pulak kalau takde memang parah sebab syiling 10 sen selalunya orang pakai untuk testing dulu tengok phone tu ok or ko.

Itu baru situasi kat luar. Belum tengok public phone kat sekolah berasrama penuh lagi. Public phone time weekend memang wajib penuh. Especially time malam sebab time malam charge rendah sikit. Aku ingat lagi waktu sekolah dulu, queue untuk tepon mak memang kena book awal-awal la. Kalau tak, memang sampai pukul 12 tengah malam la ko dok tunggu situ. Itu pon kalau nasib ko baik sangat kalau warden tak round2 time tu. Kalau warden jumpa, memang ‘best’ gila la kena.

Lepas era sumbat2 syiling dalam phone, ring ring card pulak menjelma. Dulu mak aku memang supply ring ring card rm 20 sebulan. Banyak tu. Topup aku sekarang pun tak sampai rm20/bulan. Tapi yang hebatnya aku time form 1 sampai form 3 dulu, aku buleh ingat nombor ring ring card yang panjang berjela tuh. Aku rasa nombor dia ade la dalam 16 digit gitu. Aku agak kagum la dengan kemampuan otak aku time kanak-kanak dulu. Itu belum tambah dengan no phone umah lagi. Pastu no. handpohone ayah aku in case kalau call umah tak buleh. Sekarang aku nak ingat nombor phone yang 10 digit tu pon dah jammed. Pemalas punya otak.

Tapi itu dulu. Zaman sekarang public phone ada lagi cuma tak digunakan secara berleluasa. Handphone sekarang kebanyakannya dah mampu milik. Tambah pulak bila kerajaan bagi rebat rm200 untuk semua telefon pintar. Hewhewhew..Kalau ada orang guna public phone pun, tu memang dah sangat desperate. Desperate yang mungkin disebabkan bateri smartphone yang cepat drain sebab main game byk sangat ataupun mungkin masih belum memiliki sebijik telefon. 

Dalam banyak-banyak phone yang aku penah pakai, handphone nokia 3310 la yang paling legend. Aku selamba main lambung-lambung 3310 ngan adik aku tanpa rasa bersalah mahupun rasa cuak takot handphone rosak. Line pulak clear je. Dan yang paling penting sekali aku tak penah tekejut tengok kredit aku drop gila2 disebabkan ter’activate’ data network. Pendek kata, nokia 3310 memang all-proof. Tak macam handphone sekarang. Tetiba boleh kena sakit jantung tengok bil melambung.

FxCam_1354081156230Public phone spotted at Telekom Malaysia (Taiping).. Yang ni boleh la nak sembang2 sambil tengok hujan turun. Taiping tempat yang lembap so, hujan selalu turun.

Terima kasih sudi baca 🙂

oh Malaysiaku…

Patriotik aku kali ni. Aku dah start untuk berkuliah setelah bercuti selama 1 bulan setengah. Untuk tahun ni, aku dah semester 5, tahun 3. Ada lagi setahun nak habis. Lambat lagi. Tapi aku bukan nak cerita pasal aku masuk sem baru sebab cliche sangat dah. Entah kenapa waktu aku mula-mula start cuti dulu, otak aku masih ligat berfikir. Oh, mungkin disebabkan baru habis exam gamaknya. Tu yang habis semua benda nak ambik tau. Waktu mula-mula aku start cuti dulu, aku dikejutkan dengan berita pasal Nurul Izzah, tersalah memberi huraian mengenai tafsir al-Quran sehingga membabitkan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu. Ok aku tak nak cerita panjang sebab ramai orang tau pasal cerita tuh. Semua pakat nak kecam. Memang tak dinafikan. Mohon baca entri ini dengan hati dan minda yang terbuka.

Tak lama lepas isu kebebasan beragama tu muncul, kita dikejutkan pulak dengan doa solat hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu. Isi doa solat hajat tu nak memohon kepada Allah untuk menjatuhkan parti pemerintah. Maaf ya, aku tak berniat pon untuk bermain politik tapi ni lah hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia. Padahal time tuh Israel pakat dok serang Palestin kot. Tu pun kalau korang ingat lagi Israel serang Gaza time awal Muharram bersamaan 15 November 2012.

Dan time tu aku terpikir dan rasa sedih. Kenapa perlu kita mohon kepada tuhan untuk turunkan bala pada umat islam yakni saudara kita sendiri? Kenapa tak doakan sedemikian pada rejim zionis? Kenapa perlu kita bermusuhan hanya kerana disebabkan berbeza parti politik? Sedih dan rasa bersalah sebab tak mampu nak tolong masyarakat sendiri. Mungkin kena berfikir lebih banyak to figure out the root of the problems aroused. Baru la boleh construct plan by plan to solve these matters. 

Tapi tu la satu kat Malaysia ni, bila timbul hal-hal yang menyentuh isu agama dan perkauman, semua pakat nak kasi hot, atau dalam bahasa twitternya adalah trending..Memang bagus kan. Orang Malaysia ni memang style macam tu.

Aku memang puji usaha orang kita ke Gaza untuk bagi bantuan kat orang islam kat sana. Tak lupa juga kepada artis-artis yang turut ke sana. Keep up the good work! Boleh jadi qudwah hasanah.. 🙂 Dengan usaha boikot juga tak aku lupa.

Habis semua pasal isu tuh, orang tak ingat dah. Semua dok sibuk pasal Piala Suzuki AFF..Isu bola pulak yang tengah trending. Admin Sukan Star pon sibuk kembali dengan ulasan-ulasan tak rasmi langsung dari facebook. Tapi malangnya Malaysia gagal ke final. Time tu semua pakat dok kecam referee. Dah la korean. Semua peminat k-pop harus kecewa dengan tindakan ref tersebut. Admin sukanstar pon beralih arah mengulas liga eropah kembali. Tak mengapa Malaysia, anda dah buat yang terbaik. Tu la, kalau menang bongkak sangat. 

Terima kasih sudi baca 🙂