Sebelum dan selepas hari raya

Hari ni adalah hari kelima umat Islam meraikan hari raya. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada yang sedang membaca apa yang aku tulis nih. Apa pun aku mintak maaf kalau ada salah dan silap. To err is human, to forgive is divine.

Well, entry aku kali ini bukan nak tepek gambar photoshoot raya ataupun tayang baju raya kat blog tapi, nak ajak semua orang tengok tv. Kejadah ape aku ajak orang tengok tv kat blog?

Perasan tak bila kita tengok cerita kat tv? Tak kisah la saluran tv berbayar ataupun free, mesti nak ada kaitan dengan situasi semasa. Tak caya try tengok sikit kat tv3, slot samarinda. Hari tu time bulan posa tayang cerita ‘Ramadhan Yang Hilang’. Tajuk dia dah terang-terang menunjukkan latar belakang situasi semasa iaitu puasa. Cerita boleh tahan sedap. Dan macam biasa ending dia sedih, menurut kawan aku.

Secara jujurnya aku tak tengok pun cerita ni tapi kawan aku di rumah sewa telah berjaya menggoda aku untuk tengok cerita ni sambil buat lesson plan. Aku mungkin kurang menghayati cerita ni tapi one thing yang aku rasa best pasal cerita ni adalah lagu tema dia. Buleh pulak aku tersangkut dengan lagu dia.

Itu drama yang keluar time bulan puasa. Bila dah dekat-dekat nak raya, keluar pulak drama tak buleh balik raya, accident malam raya, beraya tengah jalan, lemang tak jadi, lawan rumah sapa lagi hebat dan macam-macam lagi.

Bila habis je raya, saluran tv pun kalut nak tayang cerita-cerita hantu. Cerita hantu kak limah balik rumah yang dah kali keberapa tayang pun nak jugak. Itu belum termasuk cerita-cerita hantu yang lain. Tak kisah la cerita hantu yang lawak ke, serius ke. Mesti nak tayang jugak. Aku rasa macam banyak lagi drama atau filem yang berkualiti daripada cerita hantu yang so-called takut tu.

Elok sangat la. Time bulan puasa tayang cerita-cerita keinsafan. Bila dah habis ramadhan, tayang cerita hantu. Time bulan puasa syaitan kena rantai, habis bulan puasa semua angkat geng balik. Manusia ni memang suka sangat bagi advantage kat hantu untuk menambahkan lagi ketakutan. Elok sangat lerr tu.

1098191_10201657428066051_1754967373_n

Aku pun tak tau bila paradigma cerita kat tv ni nak berubah. Mainstream dan tipikal sangat.

Terima kasih sudi baca 🙂

Percanggahan pendapat

Pernah dengar perkataan versatile? (atau dalam bahasa melayunya serba boleh) Lagi satu, pernah dengar ungkapan bahasa inggeris ‘Jack of all trades but master of none’?

Perasan tak apa yang tak kena dengan dua perkataan tu? Bila aku teringat perkataan versatile, otak aku secara automatik akan antonimkan perkataan versatile tu jadi jack of all trades but master of none. Aku pun tak tahu kenapa buleh jadi macam tu.

Speaking of both words, maksud versatile tu of course la serba boleh. Dah terang-terang ada dalam bahasa Melayu. Maksud jack of all trades but master of none tu pulak bermaksud seseorang yang pandai banyak benda tapi tak ada satu benda pun yang dia faham atau buat secara mendalam. Pendek kata hanya tahu secara surface saja.

Dalam erti kata lain, versatile dan jack of all trades but master of none adalah satu persepsi yang berbeza. Versatile mungkin kedengaran lebih positif tetapi jack of all trades but master of none tu ibarat satu ungkapan yang mematikan hujah-hujah orang versatile. Betul? Aku rasa kalau orang yang cipta perkataan versatile dan orang yang cipta istilah jack of all trades but master of none tu berjumpa mesti bergaduh.

bergaduhlah korang

Mana tak nya, sorang kata orang yang banyak kemahiran tu versatile. Sorang lagi kata jack of all trades but master of none. Aku pasti ada percanggahan pendapat yang hebat. Tapi kalau dah orang tu terrer dalam semua benda nak buat macam mana. Dah tuhan nak bagi kat dia. Kita yang tak berapa nak ada kemahiran ni cubalah mantapkan lagi kemahiran yang kita ada. Tak kisah la kemahiran apa sekalipun. As long as kita rasa benda tu boleh jadi trademark atau kelebihan yang boleh kita tonjolkan.

Kadang-kadang aku rasa penggunaan jack of all trades but master of none tu terjadi disebabkan oleh rasa jeles kat orang versatile. Nak kutuk gila-gila tak buleh. Tu yang buat ungkapan macam tu. Sindiran secara ilmiah orang kata. What say you?

Dan carilah (pahala) negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan”

[Surah al-Qashash (28):77]

Mesir dan Morsi

Hari tu aku sedang bersiar-siar di internet tanpa sebarang tujuan khusus untuk dilakukan. Kadang-kadang aku sendiri pun kurang pasti kenapa aku nak online. Nak kata facebook, takde la addicted sangat. Nak kata blogger pun, takde la rajin update blog sangat. Nantilah aku pikir lain kali. Berbalik kepada aktiviti bersiar-siar aku tadi tu, aku terjumpa satu website yang telah memberi ‘wow’ effect kat aku sampai membuatkan aku terjoin tak semena-mena. Aku pasti semua orang dah sedia maklum dengan peristiwa yang sedang berlaku kat Mesir sekarang ni. Aku tak mampu nak fly pegi sana untuk membantu tapi harap benda ni sedikit sebanyak dapat membantu.

petition

Aku dah. Korang bila lagi?

petition emailSiap bagi feedback emel lagi. Feel so much appreciated.

Join and share this petition ‘Restore Dr. Mohamed Morsi as a President of Egypt