Cerita cinta melayu masa kini

Hari Isnin yang lalu semasa di kelas, hampir kesemua classmate aku sibuk mendiskusi pasal drama tv3 yang tengah meletop sekarang iaitu Cinta Jannah. Aku yang tak pernah tengok drama tersebut menjadi termangu-mangu dan agak kebingungan seketika dek kerana ketinggalan mengikut drama yang dikatakan best tuh.

cjtengok si lelaki pakai jubah dah sejuk mata tapi apsal pompuan tak pakai tudung?

Kalau nak ikutkan, bukan drama tu je yang aku ketinggalan. Drama ‘Kampung Girl’ pun aku tak ambik tahu. Apatah lagi cerita ‘Diandra’ yang anak murid aku dok sembang dalam kelas time aku ganti kelas relief. Pendek kata kalau kawan-kawan aku dok cerita pasal drama itu dan drama ini, aku akan buat muka sardin tahap tak buleh blah dan bila aku keseorangan berada di depan laptop, aku akan google je sinopsis drama-drama yang hangat diperkatakan tu. Gila kesian.

Nak tengok kat mytonton kedekut limit broadband so, penyelesaian paling mudah adalah baca sinopsis dan tengok pelakon-pelakon yang dikatakan hensem tu. Macam entah apa-apa.

Secara keseluruhannya bila aku diagnose balik cerita-cerita tersebut, aku tengok corak atau plot lebih kurang sama. Balik-balik cinta terhalang antara dua jiwa. Itu ok lagi. Yang paling geli hati cinta terlanjur. Pastu kawin. Pastu letak konflik sikit. Pastu konflik besar. Pastu happy ending. Cliche nak mampus.

Tapi sebenarnya aku faham kehendak pengarah tersebut iaitu ingin menonjolkan kenikmatan bercinta selepas kahwin. Tapi, macam tak berapa kena. Contohnya berdasarkan sinopsis Cinta Jannah yang aku baca kat internet, dua orang tu terpaksa berkahwin disebabkan si lelaki ni terdesak nak cari calon isteri dan membuat keputusan untuk menipu perempuan tu dengan mengatakan dia dah terperkosa si perempuan nih. Apekah? Baru aku tau jodoh tu boleh datang dalam bentuk sebegitu rupa. Tak sedap sungguh bunyinya.

Itu yang cinta jannah. Belum tengok cerita ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ lagi. Kena kahwin sebab tertidur satu katil sebab sorang mabuk, sorang lagi sakit kepala. Dah kau kenapa? Ingat cerita orang putih ka nak main tertidur-tidur?

Itu belum aku ulas pasal drama Setia Hujung Nyawa lagi. Hmm..

Walaupun cerita-cerita aku di atas berbunyi sedikit menghentam dan mengutuk drama melayu tapi aku tetap berhusnuzon bahawa jodoh tu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara walaupun aku tengok dalam drama-drama tu macam errr.

Aku tau majoriti drama yang ditayang adalah berdasarkan lambakan novel-novel cinta remaja kat pasaran. Tapi kena ingat, novel-novel tersebut ditulis oleh remaja-remaja yang inginkan diri dicintai dan mencintai dan ditambah sedikit dengan imaginasi perempuan yang kadang-kadang tak berapa nak logik. Kepada adik-adik remaja di luar sana, there’s no way your love story is going to be the same way like in the novel or those dramas. Your love story is written and destined by Allah not by writer or director. Mohon berpijak di bumi yang nyata. Tambahkan ilmu di dada and change yourself for a greater good.

Ada seorang kawan kat facebook pernah post pasal ni:

Kata seorang wanita Palestin, “Malaysia diuji dengan hiburan. Makin jauh dari Allah. Kami diuji dengan perang. Esok bakal syahid”

Terima kasih sudi baca 🙂

Advertisements