Trend plate kereta 2013

Waktu aku balik rumah hari tu aku tengok semakin banyak kereta tampal sticker apekebenda entah kat nombor plat diorang. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Amboi ayat. Lalu aku yang bersikap ingin tahu ini lantas bertanya kepada mak aku.

Aku: Mak, sticker biru bulatan bintang apa yang dorang tampal kat plate kereta tu? Tak penah tengok pun sebelum ni.

Mak: Tak tau la. Kadang-kadang orang yang tampal tu pun bukannya tahu pun benda apa yang dorang tampal.

Aku: Ok…

Nak gelak pun ada bila dengar mak aku cakap.  Aku pun tak pasti kenapa. Disebabkan oleh tahap curiosity aku yang telampau, aku pun membuat keputusan untuk search saja pasal maksud sticker tu kat internet. 

GB stands for Great Britain. Bermaksud kereta tu didaftarkan di United Kingdom

Rupa-rupanya tu adalah logo untuk nombor plat yang didaftarkan under Kesatuan Eropah atau lebih dikenali sebagai European Union. Kalau nak tau lebih lanjut boleh rujuk Wikipedia (klik sini). Aku tak mau cerita kat sini sebab blog aku bukan blog wikipedia. Dan tiba-tiba aku terfikir, sejak bila Malaysia termasuk dalam negara kesatuan Eropah?

Setiap abjad yang dok kat bahagian bawah bintang dalam bentuk bulatan tu adalah abbreviation nama negara-negara Eropah. Contohnya FIN untuk Finland, SLO untuk Slovenia.

Plate kereta yang letak sticker tu aku tak ambik gambar la pulak. Kang jap gi ada orang cakap aku main nombor ekor. Aku takut nanti tak pasal2 keluar berita, “Seorang wanita muslimah disyaki main nombor ekor selepas ditangkap mengambil gambar plat kereta”. Kau jangan main-main. Ada yang masuk Metro jugak nanti.

Aku yakin dan pasti tak perlu letak gambar plate kereta yang aku jumpa tu sebab kalau orang search sampai kat sini tu bermakna dia dah penah tengok la. 

Tapi sticker kat Malaysia ni lain sikit. Semua ikut nama negeri. Contohnya yang aku pernah jumpa KEL untuk Kelantan. TER untuk Terengganu. TRW pun ade kau tau tak? Dan yang selebihnya telah di’alter’ sendiri oleh pemilik kenderaan tersebut. 

Aku rasa mungkin JPJ kena pertimbang balik penggunaan sticker ni. JPJ perlu paham sikap orang Malaysia yang sukakan ‘perubahan’ dalam kehidupan seharian. Especially ‘perubahan’ yang dibawa dari negara luar. Mungkin JPJ boleh keluarkan satu sticker yang seragam bagi penduduk Malaysia yang dahagakan arus ‘perubahan’. Kalau guna MY untuk Malaysia pun bolehh.

Kita ni suka sangat ikut trend. Tak logik pulak tu. Tapi aku rasa mungkin dulu dorang2 ni belajar kat Eropah tapi bila nak balik Malaysia dia beli kereta kat sana. Tapi kenapa kereta buatan Malaysia pun ada sticker tu? Oh, mungkin kereta Malaysia dieksport ke luar negara kot time tu. Hewhew

Terima kasih sudi baca. 🙂

Advertisements

Remaja zaman sekarang. Tahun: 2013 Masihi/1434 Hijrah

Semasa berstudy week, aku telah cuba membersihkan otak dan hati aku daripada segala benda yang kurang baik. Oleh itu, aku telah membaca satu artikel yang aku rasa sangat universal dan realistik. Rasa macam baru kena ketuk dengan tukul kat kepala.

Berbicara tentang kebebasan, ia sedikit sebanyak berkaitan dengan kenyataan pahit yang dikeluarkan oleh paderi dalam sebuah persidangan paderi di Jerusalem:

“Kamu telah membentuk suatu generasi baharu di negeri-negeri kaum Muslimin yang tidak kenal lagi kepada Allah. Generasi baharu Islam ini akan mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh penjajahan, tidak mengambil berat lagi hal-hal yang besar. Mereka sukakan rehat dan malas serta tidak mementingkan sesuatu pun melainkan nafsu sahaja.

Jika mereka belajar, ia kerana nafsu. Jika mereka mengumpul wang, ia kerana nafsu. Jika mereka menduduki tempat-tempat yang tinggi, ia kerana nafsu. Mereka akan melakukan sesuatu tanpa ada pantang larang lagi”

Aku rasa apa yang paderi tu cuba sampaikan sangat betul. Yes, dia paderi berlainan agama tapi dia juga percaya akan adanya Tuhan dan sememangnya apa yang dikatakan oleh paderi itu adalah hakikat sebenar remaja hari ini. Dan oleh itu, sempena Maal Hijrah yang akan menyusul pada esoknya, 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435, aku harap kawan-kawan aku yang terbaca post ini jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Jom!

Note: Artikel tersebut ditulis oleh Juwairiah Md Jamil yang merupakan seorang pendidik di SMK Georgetown, P.Pinang.