Sudah habis belajar

Alhamdulillah aku berjaya menamatkan pengajian aku pada bulan november yang lalu. InshaAllah dalam bulan jun 2015 aku dapat la ijazah Bachelor of Education (Hons.) bagi jurusan Sains Pendidikan Rendah. So yes, tahun 2014 adalah final year aku. Tahniah juga kepada final year yang telah berjaya menghuru-harakan kehidupan aku dan memberi aku begitu banyak pengajaran dan pengalaman sepanjang 2014 ini.

Disebabkan oleh kesibukan yang terlampau, aku telah melupakan keinginan untuk membaca blog dan mengupdate blog. Microsoft Word yang dahulunya aku selalu gunakan untuk taip draft entry telah digunakan secara maksimum untuk menyiapkan thesis dan assignment. Nak kata betapa lamanya aku tak baca blog sampaikan Namee Roslan cantik yang dah beranak hari tu pun dah mengandung untuk kali kedua dah. Dan yang paling tekenjut sekali bila bukak setting blog tengok dah lain semacam sebab wordpress dah ubah interface dia. Agak terkial-kial aku di situ.

Tapi tak mengapa, aku menerima perubahan tersebut dengan hati yang terbuka. Dan memandangkan aku kini merupakan seorang penganggur yang banyak menghabiskan masa dengan tido, aku merasakan tabiat tersebut sangatlah tidak mendatangkan duit ataupun ilmu kepada aku. Lantas aku ke kedai buku mencari sebijik dua buku yang boleh mengaktifkan neuron-neuron kat otak. Lupa nak cakap, disebabkan aku ini manusia yang tidak bekerja, mak dan abah telah memberi sedikit wang ehsan untuk membeli sebarang dua kehendak aku.

Ok sambung pasal buku yang aku nak beli tadi. Sebenarnya aku ada banyak lagi buku yang belum dibaca sebab semuanya content heavy-heavy belaka. Sakit otak aku nak hadam. Oleh itu, adalah sangat perlu bagi aku untuk mencari buku yang mempunyai content yang ringan-ringan agar aku boleh melepaskan diri daripada heavy content buat seketika waktu.

Buku yang berjaya aku beli adalah buku Catatan Matluthfi. Aku beli setelah aku baca banyak positive review pasal buku ni. Secara jujurnya bukunya best yang tersangatlah. Buku ni boleh buat kau senyum sorang-sorang macam orang angau yang meroyan. Bagi aku agak deep dan banyak lawak-lawak yang sarkastik. Aku penah terbaca orang yang sarkastik ni IQ dia tinggi. Aku syak IQ mat ni tinggi sebab tu dia sarkastik. Terima kasih mat. Baguih hang buat buku. Harga buku ni RM 25, kalau ada special card ke apa boleh tunjuk sebab dapat diskaun dalam 10 percent camtu haa. Nah aku belanja sebijik dua,

catatan matluthfi

 From Catatan Matluthfi:

Perut aku bunyi sebab lapar, so aku urut la dia then kata, “Shhh..diam..”

Orang putih sebelah ni muka terkejut gila ingat baby aku menendang.

 

“Aku doakan kawan aku yang baru berkahwin supaya cepat dikurniakan cahaya mata.

Dia doakan aku cepat dikurniakan cahaya. Ini biadab”

 

Kalau bini aku jeles aku ada peminat keliling pinggang, aku nak jawab:

“Pinggang saya kecik, cukup untuk seorang peminat ja”.

Bajet gila.

Jangan senyum. Tapi mesti kau dah tersengih macam kerang busuk. Sekian

 Terima kasih sudi baca 🙂