Sememangnya budak itu manusia yang jujur

Akhir bulan April yang lalu, aku dan rakan sekerja merangkap housemate telah ditugaskan untuk ‘menjaga’ murid tahun 6 selama 3 hari 2 malam di sebuah tempat di Pasir Gudang.

Rasanya untuk tahun ni saja dah berapa kali aku keluar untuk aktiviti di luar sekolah. Tapi tak mengapa, aku redho sajo. Bila lagi nak tido dengan budak-budak

Jadinya semua berlalu dengan normal dan seperti biasalah, cikgu perempuan kena tido satu rumah dengan budak perempuan. Sebelum tido aku sempat la suruh budak-budak islam untuk ambil wuduk dan baca ayat kursi ramai-ramai.

Malam pertama tido di tempat asing. Awal kitorang tido malam tu. Aku jangan cakaplah. Letak je kepala terus tido. Tak sempat dah nak rasa tak selesa ke apa ke. Janji boleh tido. Esok kena bangun awal kejutkan dorang solat subuh.

Pagi esoknya aku berjaya bangun sebelum pukul 5. Tengok budak seorang pun tak bangun lagi lantas aku membuka suis lampu sambil memekik suruh bangun.

Dan tetiba ada seorang budak bersuara, “Cikgu Ezzah baru bangun tido pun comel”. Dan time tuh aku tak tau nak buat reaksi macam mana. Nak marah ke nak gelak. Dan tiba-tiba jugak aku teringat, budak-budak tak pandai menipu. Dan yang paling ajaib, kata-kata tu datang dari budak yang agak pendiam kat dalam kelas. Kiranya kejujuran dia tak dapat diraguilah. Hahahaha

Dan time tu baik aku punya cover, “Eh, saya bangun tido pun comel ke?” sambil tonyoh2 mata sebab time tu aku sebenarnya nak marah ada budak yang liat nak bangun tapi bila dengar kawan dia cakap macam tu terus aku nak gelak.

Kerana sesungguhnya budak itu jujur dan tidak pandai menipu..

Advertisements