Novel dan cerita cinta bahasa Melayu

Rentetan daripada post: Cerita cinta melayu masa kini

Buat sekian kalinya aku tak terkejut dengan apa yang aku baca. Sebab benda macam ni dah buleh expect. Tapi sejujurnya agak menyedihkan. Adik-adik yang aku harapkan untuk jadi pelapis pada masa akan datang rosak begitu sahaja. Aku harap dorang kembali kepada fikrah yang sebenar. Sedihnya. Padahal muda lagi. Banyak lagi benda yang berguna yang boleh dibuat masa muda ni.

mashaAllah

Kat Malaysia ni banyak sangat lambakan buku-buku novel kat pasaran. Boleh aku katakan hampir 90% daripada buku yang ada kat pasaran tu adalah novel cinta. Menyampah pulak aku tengok. Dan buku novel biasanya pasti la akan buat cerita2 ‘sedap’. Kan bagus kalau penulis dalam bahagian2 karya terjemahan diperbanyakkan. Kalau tak mampu terjemah dengan baik sekalipun sekurang-kurangnya ada jalan cerita yang baik. 

orang akademik

Aku berani cakap yang tiada cabaran untuk menerbitkan novel-novel cinta di Malaysia. Tapi kalau karya akademik, konfem ada masalah.

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikan kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras” [Al-Baqarah (2:204)]

Terima kasih sudi baca 🙂

Bahasa jiwa bangsa.

Kalau cikgu bm aku tengok ni mesti dia bangga dengan aku. Ye la, dulu time spm aku mana dapat A subjek bm. Tiba-tiba pulak hari ni aku mimpi nak tulis pasal bahasa jiwa bangsa.  Waktu result spm kuar dulu memang aku kena bahan cukup-cukup dengan pakcik aku.

“Hang ni buat malu orang Melayu ja tak dapat  A subjek bm. English buleh pulak hang dapat A. Apa laa..”

Lebih kurang macam tu la ayat pakcik aku. The rest is history. Aku malas nak cerita. Aku nak cakap pasal trend budak -budak sekarang ni yang suka sangat taip perkataan macam guna keyboard tertanggal huruf. Kalau guna keyboard US atau keyboard UK sekalipun, tak kan la sampai macam ni sekali. 

budak zaman sekarang

rasa nak tampar je

Aku tau bm aku tak de la hebat mana tapi bila tengok orang buat macam ni kat bahasa sendiri rasa macam geram gila kot.

“Eh2, bukan ko sniri pon guna jugak ke bahasa eww2 nih? Aku tengok dalam blog ko ada je perkataan hewhewhew. Cakap tak serupa bikin duh..”

Ni jujur aku cakap, aku memang tak suka dengan bahasa ‘bajet cute’ ni dan aku guna perkataan hewhewhew tu semata-mata nak perli orang yang suka tambah eww2 kat setiap perkataan. Kalau aku ni seorang pengguna bahasa eww2 yang tegar, dah lama aku taip macam ni dalam blog aku.

“Ko sebuk sangat pewwhal? Niew kan blowg akuew. Adew akuew kiewsahh?”

Eww..gelinya. So, kepada pengguna-pengguna bahasa Melayu di luar sana, tolonglah guna bahasa dengan betul. Tak perlu la pakai bahasa baku macam dalam cerita P.Ramlee dulu tapi cukuplah dengan menggunakan bahasa standard. Tak payah nak tambah eww sangatlah. Tak cute pon. Orang lain yang tengok pon jadi macam eww2 nak baca.