Kesetiaan

Aku mempunyai emotional attachment yang sangat tinggi dengan barang-barang aku tetapi ajaibnya tidak dengan manusia. Aku pun hairan kenapa. Barang-barang aku juga sudah pastinya sangat menyayangi tuannya sekiranya mereka mempunyai perasaan kerana aku sangat pandai menjaga mereka. Nampaknya hubungan kasih sayang aku dengan barang-barang hanya bertepuk sebelah tangan tetapi tidak mengapa kerana mereka tidak pernah menyakiti aku. Gituh.

Sepanjang aku belajar di IPG kampus Sultan Mizan yang terletak di Besut. Aku mempunyai sehampar tilam (aku tak pasti penjodoh bilangan apa yang sesuai dipakaikan kepada tilam). Dalam banyak-banyak barang berharga yang bermastautin di dalam bilik aku, tilam adalah harta kerajaan yang paling aku sayang.

Nak cakap betapa aku sayangnya tilam tersebut sehinggakan setiap kali pemindahan bilik dibuat, aku rela ke kedai kunci untuk menduakan kunci bilik lama so that aku buleh masuk ke bilik lama untuk mengambil tilam tersebut sewenang-wenangnya. Aku tak kisah sekiranya aku dipindahkan ke bilik tingkat paling atas sekalipun kerana aku tetap gigih membawa tilamku memanjat tangga.

Dan aku mengakui bahawa dalam banyak-banyak hubungan yang pernah aku lalui, hubungan dengan tilam aku adalah hubungan yang paling berjaya. Aku sangat sayangkan tilam aku. Kalau boleh hari terakhir tu pun aku nak angkut bawak balik umah tapi apakan daya, nanti orang kata aku gila pulak. Aku berharap semoga tilam tersebut mendapat pemilik yang mampu menyayangi dia sepertimana aku menyayanginya.

Tapi aku sangat terkilan sebab aku lupa nak letak nama tilam tuh sebab terlalu asyik menikmati keseronokan dan kebahagiaan bersama tilam tersebut. So, tilam aku takde nama start dari aku jatuh hati sehinggalah hari terakhir aku di IPG.

Sekian sahaja hikayat tilam selama 5 tahun setengah..

Terima kasih sudi baca 🙂

Advertisements