Perkara yang kita perlu ambil tahu sebelum beli smartphone

Disclaimer: Aku bukanlah seorang IT Technician mahupun Gadget Consultant. Apa yang aku letak dalam ni aku dapat daripada pembacaan, pengalaman sendiri dan pengalaman kawan-kawan aku. Entry ni lebih sesuai untuk insan-insan noob yang baru nak start guna smartphone. Orang yang dah banyak knowledge pasal gadget tak perlu baca.

1. Harga

Benda yang mula-mula orang akan tengok dulu adalah harga. Secara amnya, harga smartphone boleh terbahagi kepada tiga. Yang murah sekali dipanggil low-end, yang tak mahal tak murah dipanggil mid-end dan yang mahal dikenali sebagai high-end price. Yang murah sekali macam biasa harga RM100++ hingga RM500 dengan specs yang low dan kadang-kadang buat aku rasa nak meletup. Yang mid-end harga above RM500 hingga below RM1000. Specs kalau ikutkan up sket dari yang low-end. Buleh kira la orang kata. Kalau yang high-end price harga above RM1000 hingga boleh cecah RM3000. Phablet dan seumpamanya termasuk dalam golongan ini. Phablet tu adalah benda alah gabungan [phone+tablet = phablet]. Contohnya macam Samsung Galaxy Note 3.

2. Features/Specifications

Specs mostly inter-related dengan harga. Kalau harga tinggi, specs harus tinggi. Tapi dalam specs tinggi pun akan ada beberapa specs yang mungkin kita tak berapa berkenan. Specs boleh terbahagi kepada banyak benda pada sesebuah phone. Tapi yang aku suka nak fokus adalah CPU dan OS.

CPU tu ibarat kepala hotak smartphone. Kalau dalam laptop, famous dengan jenama intel core i7 generasi ketiga. CPU smartphone yang terkini mostly adalah quad-core. Quad-core adalah lebih laju berbanding dual-core sebab dia empat teras. Setakat ni yang tu la paling latest. Especially yang Krait. Kelajuan processor paling penting sebab itulah yang akan menentukan kelancaran proses smartphone nanti. Yang aku tengok kat Samsung Galaxy Note 3 adalah Quad-core 2.3GHz Krait 400. Setakat ni specs Note 3 paling tinggi. Xperia Ultra Z pun Quad-core 2.2GHz je. Kemon Sony, Bila nak keluarkan Quad-core 3.0GHz ni? Lupa nak cakap yang 2.3GHz, 2.2GHz tu adalah kelajuan processor. Kelajuan smartphone juga turut dibantu oleh RAM dan beberapa faktor lain.

OS pulak adalah operation system. Benda sama dalam laptop. Kalau kat MacBook Pro, OS yang diguna pakai adalah Lion Macintosh. Kalau laptop brand DELL, Acer, ASUS, Toshiba, dll pakai Windows 8. Kalau dalam smartphone pulak, OS adalah Android yang makanan tu. Android ni dia start dengan Cupcake, Donut, Eclair, Froyo, Gingerbread, Honeycomb, IceCream Sandwich, Jelly Bean dan yang paling latest sekali Android KitKat. Ikut abjad gitu. Aku rasa lepas ni keluar android Lolipop pulak. Lepas tu mungkin android M&M tak pun android Mars. Kita tunggu dan lihat. Bila nak beli smartphone kalau boleh pilihlah Android yang paling latest. Sebabnya application yang akan di download dari Play Store kebanyakannya dah dikemaskini. Aku penah tengok kawan aku beli Sony Xperia Sola. Android Gingerbread 2.4 kalau tak salah. Dan dia beli phone tu tahun 2013. Seriously girl? A new smartphone with Gingerbread OS in 2013? Kalau smartphone secondhand ok lagi. Ni masalahnya phone baru kot. Benda macam ni la yang aku tak mau kawan-kawan aku buat. What a waste.

3. Display

Ni adalah benda yang orang paling suka tengok. Lagi besar lagi seronok katanya. Tu aku tak nafikan. Tapi korang suka ke tengok orang letak phone besar saiz buku latihan kat tepi telinga? Seriously buruk kot. Tapi aku paham. Selalunya orang beli tablet untuk online. Jarang untuk chatting2 sampai panas telinga sebab bateri tak tahan. Bagi aku display ni adalah perkara yang subjektif. Tak semua orang suka skrin besar gedabak. Macam aku lebih suka skrin yang besar tapak tangan. Lebih kurang 4.0″ hingga 5.0″. Lebih daripada 5.0″ aku reject.

Benda yang aku tengok most people buat silap adalah pemilihan jenis display. Contohnya korang nak gambar sharp, HD tapi beli phone yang guna display besa-besa. Pendek kata ibarat smartphone Sony Xperia yang tak ada Bravia engine ataupun ibarat iPhone yang tak ada retina display. Seelok-eloknya tengok lah dulu jenis display phone yang nak dibeli tu. Baru puas hati.

Bagi aku lebih suka yang kaca. iPhone semua pakai display kaca. Sebabnya paparan lebih cantik dan nampak sharp. Dan kalau ter’apply’ touch lebih sikit pun display maintain cun. Tak jadi macam bila kita sentuh skrin laptop. Buleh tekan2 dan nampak kesan warna. Keburukan glass ni mudah pecah la. So, tu terletak pada pilihan masing-masing untuk memilih.

4. Camera

Bila display dah cantik, camera mesti la nak high jugak. Baru lah buleh nampak the sharpness and the high definition of the images. Kalau yang high-end phone mostly built-in camera adalah dalam range 8.0 megapixel hingga 13.0 megapixel. Ada yang lagi tinggi, Nokia Lumia 1020 pakai 41.0 megapixel. Ni aku tak tau la gambar rupa macam mana. Tera ultra HD mungkin. Tapi sebenarnya gambar yang cantik bergantung kepada cara gambar diambil. Kalau pakai phone low-end tapi dah pandai ambik gambar dan ditambah dengan skill editing pun akan nampak macam shoot dengan DSLR. Overnya.  Nampak benor nipunya.

5. Memory

Bila gambar berdefinisi tinggi, jadi banyak lah ruang yang diperlukan untuk simpan gambar. Tambah2 lagi jenis yang suka camwhore pastu delete. Pastu selfie balik. Aku suggestkan untuk yang suka camwhore ni kalau buleh beli phone yang ada front camera. Tak yah susah2 nak posing depan cermin. Sebelum beli smartphone, pastikan ada card slot sebab ada sesetengah pengeluar smartphone yang tak sertakan card slot. Contohnya macam iPhone. iPhone tak ada card slot ok. Semua yang ada sumbat dalam internal memory je. Sadis. Dah la mahal.

Ataupun kalau korang ni jenis yang hardcore user, beli smartphone yang tinggi internal memory pastu tambah pulak dengan 64GB memory card. Memang hard core tahap dewa dewi. Silap-silap boleh jadi hard disk.

6. Bateri

Ok. Benda ni merupakan masalah utama pengguna smartphone. Sebabnya bateri tak tahan lama. Dah sapa suruh bukak wifi dengan mobile data 24/7, brightness cerah tahap dewa pastu main game tak henti-henti? Kalau buat salah satu daripada yang aku sebut tu memang battery drain jawabnya smartphone tu tak kira la berapa banyak  kapasiti yang bateri boleh hold.

Mostly smartphone yang high-end dah buat non-removable battery. Kalau dulu iPhone je. Sekarang ni Sony pun dah mula buat. Tapi untuk high-end price smartphone je. So, pandai-pandailah jaga bateri ataupun kalau jenis malas nak jaga, pi beli phone yang buleh cabut bateri.

Ada orang kata kalau nak selamat guna powerbank. Ini aku no comment. Kalau rasa perlu, beli. Kalau rasa boleh save battery secara bijak, tak perlu habis duit beli. Battery kalau kita pandai guna boleh tahan sampai 3 hari tanpa charge. Aku dah pernah try kat phone aku. Phone aku xperia acro s. Kalau phone aku boleh tahan, takkan phone yang lagi canggih daripada tu tak boleh kan. 😉

7. Jenis SIM

Yang ni adalah benda yang selalu orang lupa. Bila dah bayar dan tertunai akad semua baru perasan. Eh, aku kena kerat sim-card la. Lepas tu bila dah kerat dah tak boleh nak tuka phone untuk chatting lama2 sebab Nokia 3310 pakai mini-sim je. Sebenarnya kebanyakan phone sekarang ni memang sedang menuju towards micro-sim dan nano-sim card. iPhone dah buat guna nano-sim card dah pun. Oleh itu, kalau nak beli smartphone, pastikan sim-card tu la yang akan melekat dalam smartphone tu sampai bila-bila.

Sebenarnya banyak lagi benda yang kita perlu tengok sebelum beli smartphone. Tapi yang aku senaraikan kat atas adalah benda-benda yang common dan mudah untuk kita faham. Jangan beli gadget hanya disebabkan jenama saja. Selain jenama, kita perlu pertimbangkan aspek-aspek yang lain. Sesetengah orang mungkin suka brand Samsung sebab aplikasi dia macam-macam. Ada S-Pen la, dual camera la. Sesetengah orang mungkin suka iPhone sebab eksklusif Ada sesetengah orang pulak suka pakai HTC sebab ada beats audio. Hewhew.

Lain orang, lain taste. Masing-masing ada keperluan sendiri untuk pakai smartphone. Tapi, harap-harapnya tak ada orang yang guna gadget untuk show off. Beli gadget mahal-mahal untuk menunjuk tapi tak guna sangat pun. Kalau tak reti buleh belajar. It’s never too late to learn.

Terima kasih sudi baca. 🙂

Advertisements