oh Malaysiaku…

Patriotik aku kali ni. Aku dah start untuk berkuliah setelah bercuti selama 1 bulan setengah. Untuk tahun ni, aku dah semester 5, tahun 3. Ada lagi setahun nak habis. Lambat lagi. Tapi aku bukan nak cerita pasal aku masuk sem baru sebab cliche sangat dah. Entah kenapa waktu aku mula-mula start cuti dulu, otak aku masih ligat berfikir. Oh, mungkin disebabkan baru habis exam gamaknya. Tu yang habis semua benda nak ambik tau. Waktu mula-mula aku start cuti dulu, aku dikejutkan dengan berita pasal Nurul Izzah, tersalah memberi huraian mengenai tafsir al-Quran sehingga membabitkan isu kebebasan beragama dalam kalangan orang Melayu. Ok aku tak nak cerita panjang sebab ramai orang tau pasal cerita tuh. Semua pakat nak kecam. Memang tak dinafikan. Mohon baca entri ini dengan hati dan minda yang terbuka.

Tak lama lepas isu kebebasan beragama tu muncul, kita dikejutkan pulak dengan doa solat hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu. Isi doa solat hajat tu nak memohon kepada Allah untuk menjatuhkan parti pemerintah. Maaf ya, aku tak berniat pon untuk bermain politik tapi ni lah hakikat sebenar yang berlaku di Malaysia. Padahal time tuh Israel pakat dok serang Palestin kot. Tu pun kalau korang ingat lagi Israel serang Gaza time awal Muharram bersamaan 15 November 2012.

Dan time tu aku terpikir dan rasa sedih. Kenapa perlu kita mohon kepada tuhan untuk turunkan bala pada umat islam yakni saudara kita sendiri? Kenapa tak doakan sedemikian pada rejim zionis? Kenapa perlu kita bermusuhan hanya kerana disebabkan berbeza parti politik? Sedih dan rasa bersalah sebab tak mampu nak tolong masyarakat sendiri. Mungkin kena berfikir lebih banyak to figure out the root of the problems aroused. Baru la boleh construct plan by plan to solve these matters. 

Tapi tu la satu kat Malaysia ni, bila timbul hal-hal yang menyentuh isu agama dan perkauman, semua pakat nak kasi hot, atau dalam bahasa twitternya adalah trending..Memang bagus kan. Orang Malaysia ni memang style macam tu.

Aku memang puji usaha orang kita ke Gaza untuk bagi bantuan kat orang islam kat sana. Tak lupa juga kepada artis-artis yang turut ke sana. Keep up the good work! Boleh jadi qudwah hasanah.. 🙂 Dengan usaha boikot juga tak aku lupa.

Habis semua pasal isu tuh, orang tak ingat dah. Semua dok sibuk pasal Piala Suzuki AFF..Isu bola pulak yang tengah trending. Admin Sukan Star pon sibuk kembali dengan ulasan-ulasan tak rasmi langsung dari facebook. Tapi malangnya Malaysia gagal ke final. Time tu semua pakat dok kecam referee. Dah la korean. Semua peminat k-pop harus kecewa dengan tindakan ref tersebut. Admin sukanstar pon beralih arah mengulas liga eropah kembali. Tak mengapa Malaysia, anda dah buat yang terbaik. Tu la, kalau menang bongkak sangat. 

Terima kasih sudi baca 🙂