Hujung minggu itu…

Disclaimer: Aku adalah seorang manusia biasa yang ada sifat malas dan kadang-kadang tak berapa nak ikhlas. Normal la kan? Manusia kottt.. 😉

Hujung minggu lepas iaitu bersamaan dengan hari Khamis (28/2/2013) dan Jumaat (1/3/2013), aku ada daurah ISK atau dalam bahasa panjangnya Ini Sejarah Kita. Aku sebenarnya tak nak pegi pun sebab ni dah kali ke-4 aku hadir untuk isk. Pegi banyak kali buat mende..Benda sama je kott. (Teruknya aku. haha) Tapi, nak dijadikan cerita, ada sorang kawan aku yang mula berjinak-jinak dengan usrah tetiba ajak aku pergi daurah sekali dengan dia. Kesian jugak la kat dia. Nak sangat pergi tapi takde teman. Aku dah mula rasa bersalah+malas+berat hati dan sebagainya. Padahal hati ni tergedik-gedik nak balik. Ugh! Seriously nak balik sebab nak beli barang penting..

Tapi in the end, aku pergi jugak sebab kesian. So, I said yes to assure my naqibah that I’m going to the daurah. Yang paling berat sekali, aku kene jadi person-in-charge (PIC) untuk masak. Oh my goodness! Aku ni dah la tak de sebarang ilmu pasal masak-memasak. Tambah pulak nak kena masak untuk 30+ orang. Kalau tak sedap acaner..Pastu kalau semua orang sakit perut lagi camne..Dahla jemput ukhti dari Kuala Terengganu..Malunyer kalau tak sedap. Time tu terpikir, kenapa la Kak Kinah bagi aku tugas yang berat ni? Kalau aku tau, aku tak pegi pon xpe..Nampak sangat kemalasannya di situ. Sila bagi penampar laju-laju..

Aku pun dengan rasa malas+berat hati pun terimalah jugak tugas tu. Walaupun tugas tu memang memenatkan dan aku tak reti punn, aku sangat bersyukur sebab ada kawan-kawan dan akak-akak yang sudi membantu dan mengajar aku masak. Dan yang aku paling terharu sekali adalah Tasha, classmate aku yang sanggup turun walaupun berbelah-bagi sama ada ingin ‘jaulah’ ke Cameron Highland ataupun berdaurah ISK di Terengganu sahaja. mihmihmih

To my dear tasha, terima kasih sebab sudi bantu aku weekend yang lalu. Sayang kau. 

Hari Sabtu tu pulak ntah macam mana aku dan Tasha tetiba te’rajin’ pulak nak ke Kuala Terengganu untuk daurah dan meeting ikram siswa. Agak pelik di situ sebab at the first place kitorang malas nak pegi sebab dah dapat tugas masak kan. So, rasa macam nak rehat la hari Sabtu. Tapi entah kenapa diberi perasaan ingin tahu dan rela hati nak ke KT. And guess what, aku berpeluang untuk jumpa ustazah aku time upper form kat MRSM K.Terengganu dulu, ustazah Ramzah. Tak sangka boleh jumpa balik. 🙂

Apa yang aku nak highlight kat sini adalah, benda yang kita selalunya rasa berat untuk kita lakukan pada awalnya akan menjadi perkara atau pengalaman yang best pada akhirnya. Betul tak? Mula-mula tu aku rasa malas gila bila dapat tahu kena masak tapi berkat pertolongan akak-akak yang baik, semuanya jadi ok! Dan yang paling best, ada auntie yang bermurah hati untuk siapkan sarapan pagi. Siap hantar ke rumah lagi uolls. Nampak sangat keringanan yang Dia telah beri di situ. Mungkin kecik (sarapan pagi je punn) tapi bagi aku, it means a lot to me yang tak reti sangat masak. 

Terima kasih semua. Semoga Allah mempermudahkan urusan akhawat semua terutama sekali Kak Dayah, Tasha, Kak Illin, Kak Zulaikha, Kak Izzati, Fatin, Syafiqah, Syakirah, Reen dan tak lupa juga Kak Kinah. InsyaAllah. Selamat menjamu mata.. (kualiti gambar kurang baik kerana gambar-gambar tersebut tidak diambil dengan kamera dslr. hewhewhew )

DSC_0038sup perisa carrot. mula-mula je tapi bila dah touched up, rasa sup ayam seperti biasa.

DSC_0040juadah pada hari itu..

DSC_0044lepak di luar rumah sebelum bertolak. Oh tak, aku tak pakai selipar jepun tu ke Kuala Terengganu 

2013-03-02-10-57-48ni la Tasha. terima kasih tasha..ni special credit untuk kau

DSC_0052kejutan di Kuala Terengganu. Le Tour de Langkawi 2013… agak seksi di situ. 😉

DSC_0053siap ada liputan lagi uolls

Memang ada hikmah di sebalik tugas yang Kak Kinah bagi. Aku kan tak reti masak so bila dapat tugas untuk memasak, nak tak nak kena masak jugak. Mungkin kena belajar masak banyak-banyak pasni. Kalau dapat tugas masak lagi takde la cuak semacam. hahaha

” Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan ataupun merasa berat dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui” [9 (Surah Al-Taubah: 41]

” Wahai orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” [47 (Surah Muhammad): 7]

Kedua-dua ayat di atas memang kena bertepek-tepek atas dahi aku. 🙂

p/s: Aku tak kan lupa insiden yang berlaku dalam bilik malam tuh yang disaksikan oleh Kak Dayah dan Fatin. It will always be my hilarious memory of all time tasha..Selamba kau jer!