Lifelong learning

Lifelong learning dalam bahasa Melayu dikenali sebagai pembelajaran sepanjang hayat yang bermaksud seseorang tidak sepatutnya berhenti belajar selagi mana dia masih bernyawa. Tak ilmiah gila ayat aku. Dahla tajuk english tapi isi bahasa melayu. Dah kau kenapa

Ok. Aku bukan nak mendefinisikan atau memberi ceramah bertulis pasal kepentingan pembelajaran sepanjang hayat kat sini tapi nak cerita satu manusia yang aku kenal ni tak pernah rasa letih untuk belajar. Walaupun tengah ambik PhD sekalipun, dia nak jugak ambik degree lain. Aku rasa kalau aku dah ada PhD jangan haraplah nak ambik degree lain. Kononnya nak berehat selepas letih belajar bertahun-tahun. Kau ado?

Aku sebenarnya nak cerita pasal manusia yang aku penah post pasal dia yang bertajuk: Untuk Apa Kita Belajar? Ok. Nikmati dulu screenshot di bawah ini.

Screenshot_2013-11-16-07-35-31

Aku pun tak tahu apa yang bermain di minda dia. Tapi another Bachelor of Islamic Science? You nailed it bro! You have my double salute. Bachelor of Islamic Science pulak tu. Eh tak, you got my triple salute. 🙂

Di sini bukanlah aku ingin membandingkan diri kita dengan diri manusia yang bernama Zamir ni tapi apa yang aku nak sampaikan kat sini adalah, tiada istilah untuk berhenti belajar dalam hidup walaupun dah capai tahap tertinggi.

Setiap orang mungkin berbeza mengenai definisi pembelajaran sepanjang hayat. Tapi untuk kita, orang-orang biasa yang rasa macam tak mempunyai kemampuan otak macam Zamir cukuplah pengalaman sebagai pembelajaran yang paling praktikal dalam hidup kita.

Bagi aku pembelajaran tak terjadi bila kita memandang hidup terlalu negatif. Semua orang tak betul. Semua orang salah. Life is unfair! dan blablabla. Dahla pessimistic, ignorant pulak tu. Dah kau kenapa kan. So untuk jadi awesome, stop being negative and be positive instead.

Never stop learning because life never stops teaching. Treat your difficulties as one of your life experiences. As experience is always the best teacher. 😉

Terima kasih sudi baca. 😀

Advertisements