Beware of false cyber friends

Assalamualaikum dan hai..

Sebenarnya aku macam ting tong sikit semenjak dua menjak abeh praktikum. Rasa macam ‘I got my old life back and don’t want to return to school again’. So, keadaan aku sekarang ni lebih kurang macam menikmati kehidupan lama aku kembali di hostel – dapat tidur cukup, tak yah buat rph, tak yah buat abm, tak yah latih budak main bola baling dan blablabla. Dan yang paling penting aku dapat menikmati kehidupan siber aku seperti biasa. Ouh..untungnyaa..

Sepanjang praktikum sebulan, aku jarang dapat online sepuas-puasnya. Kalau online pun sekadar cilok-cilok sahaja. Tak mampu untuk online sampai lebam. Mohon jangan ikut tabiat ini. Tatkala aku kembali ke hostel, aku pun well..macam biasa, dapat online ikut suka hati aku. 

Disebabkan aku jarang online jadinya aku tak ambik kisah sangat kat social-social network (tetiba aku rasa bongok taip macam ni) ok la aku tukar, social networking sites seperti facebook, instagram, twitter dan seumpamanya. So hari tu bila aku bukak facebook, banyak la friend requests dari manusia yang aku tak berapa nak kenal.  Kalau yang kenal tu tak ada masalah tapi yang manusia aku tak berapa nak kenal tu yang masalah. Aku kalau bab nak accept friend request dari manusia yang aku kurang kenal agak payah. Sebelum terima jadi kawan aku, aku akan bukak dulu gambar2 untuk kepastian. Gambar ni pun satu hal. Ada pulak yang jenis tak reti nak letak gambar sendiri. Letak gambar kartun la, megatron la, spiderman la. Kalau aku kenal, memang aku accept atau add friend. Kalau tak, memang aku ignore. 

friend request yang mengarutkalau nak accept, tengok jugak kat mutual friends. Kalau banyak dan kau kenal boleh la nak accept. Tapi aku ada je yang mutual friends ramai tapi dah aku tak kenal buat apa nak accept. Gambar pun takdok. Sapekebende pun tak tau.

Apa yang aku nak cakap kat sini, kalau nak accept friends kat facebook or any other social networking sites, make sure siasat dulu latar belakang orang yang add kau tuh. Please don’t just simply accept some good-looking and beautiful person to be your friend. Lebih baik tengok dulu gambar-gambar dalam album. Kot2 kau dah lupa kawan kau time sekolah dulu. Mane nak tau. Tetiba yang selebet jadi hemsem, yang cute jadi gwiyomi. Gituh.

Lagi satu, orang yang add tu pulak janganla dok letak gambar-gambar kartun ke, megatron ke, spiderman ke apa. At least letak la satu gambar muka ko setempek kat facebook tu so that orang tu buleh tau sapa dia. Aku tau muka kau cantik/hensem tapi kalau tak de pengenalan diri tak guna jugak. Payah orang nak kenal. 

Aku cakap bukan sebab apa. Aku tengok dah ramai sangat yang kena tipu kat facebook. Tak kisah la lelaki atau perempuan. Dua-dua tak terkecuali tapi yang selalu jadi mangsanya adalah perempuan di mana pemangsanya adalah lelaki atau sebaliknya atau kedua-duanya sekali. 

Jangan ada friends yang beribu-ribu tapi kau tak kenal pun. Lebih baik friends yang sikit tapi kau kenal setiap friends yang di’accept’. 🙂

Advertisements