Sebelum dan selepas hari raya

Hari ni adalah hari kelima umat Islam meraikan hari raya. Aku rasa masih belum terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Raya kepada yang sedang membaca apa yang aku tulis nih. Apa pun aku mintak maaf kalau ada salah dan silap. To err is human, to forgive is divine.

Well, entry aku kali ini bukan nak tepek gambar photoshoot raya ataupun tayang baju raya kat blog tapi, nak ajak semua orang tengok tv. Kejadah ape aku ajak orang tengok tv kat blog?

Perasan tak bila kita tengok cerita kat tv? Tak kisah la saluran tv berbayar ataupun free, mesti nak ada kaitan dengan situasi semasa. Tak caya try tengok sikit kat tv3, slot samarinda. Hari tu time bulan posa tayang cerita ‘Ramadhan Yang Hilang’. Tajuk dia dah terang-terang menunjukkan latar belakang situasi semasa iaitu puasa. Cerita boleh tahan sedap. Dan macam biasa ending dia sedih, menurut kawan aku.

Secara jujurnya aku tak tengok pun cerita ni tapi kawan aku di rumah sewa telah berjaya menggoda aku untuk tengok cerita ni sambil buat lesson plan. Aku mungkin kurang menghayati cerita ni tapi one thing yang aku rasa best pasal cerita ni adalah lagu tema dia. Buleh pulak aku tersangkut dengan lagu dia.

Itu drama yang keluar time bulan puasa. Bila dah dekat-dekat nak raya, keluar pulak drama tak buleh balik raya, accident malam raya, beraya tengah jalan, lemang tak jadi, lawan rumah sapa lagi hebat dan macam-macam lagi.

Bila habis je raya, saluran tv pun kalut nak tayang cerita-cerita hantu. Cerita hantu kak limah balik rumah yang dah kali keberapa tayang pun nak jugak. Itu belum termasuk cerita-cerita hantu yang lain. Tak kisah la cerita hantu yang lawak ke, serius ke. Mesti nak tayang jugak. Aku rasa macam banyak lagi drama atau filem yang berkualiti daripada cerita hantu yang so-called takut tu.

Elok sangat la. Time bulan puasa tayang cerita-cerita keinsafan. Bila dah habis ramadhan, tayang cerita hantu. Time bulan puasa syaitan kena rantai, habis bulan puasa semua angkat geng balik. Manusia ni memang suka sangat bagi advantage kat hantu untuk menambahkan lagi ketakutan. Elok sangat lerr tu.

1098191_10201657428066051_1754967373_n

Aku pun tak tau bila paradigma cerita kat tv ni nak berubah. Mainstream dan tipikal sangat.

Terima kasih sudi baca 🙂

Advertisements