Novel dan cerita cinta bahasa Melayu

Rentetan daripada post: Cerita cinta melayu masa kini

Buat sekian kalinya aku tak terkejut dengan apa yang aku baca. Sebab benda macam ni dah buleh expect. Tapi sejujurnya agak menyedihkan. Adik-adik yang aku harapkan untuk jadi pelapis pada masa akan datang rosak begitu sahaja. Aku harap dorang kembali kepada fikrah yang sebenar. Sedihnya. Padahal muda lagi. Banyak lagi benda yang berguna yang boleh dibuat masa muda ni.

mashaAllah

Kat Malaysia ni banyak sangat lambakan buku-buku novel kat pasaran. Boleh aku katakan hampir 90% daripada buku yang ada kat pasaran tu adalah novel cinta. Menyampah pulak aku tengok. Dan buku novel biasanya pasti la akan buat cerita2 ‘sedap’. Kan bagus kalau penulis dalam bahagian2 karya terjemahan diperbanyakkan. Kalau tak mampu terjemah dengan baik sekalipun sekurang-kurangnya ada jalan cerita yang baik. 

orang akademik

Aku berani cakap yang tiada cabaran untuk menerbitkan novel-novel cinta di Malaysia. Tapi kalau karya akademik, konfem ada masalah.

“Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu dan dipersaksikan kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal dia adalah penentang yang paling keras” [Al-Baqarah (2:204)]

Terima kasih sudi baca 🙂