Untuk apa kita belajar?

Sebelum aku enrolled di ipg, aku pernah ke dua buah universiti, UTM Skudai untuk persediaan engineering dan UIA CenFoS, Petaling Jaya untuk sains fizik. Tak de la hebat sangat kalau nak dibandingkan dengan orang yang study di overseas ataupun membuat persediaan di kolej swasta untuk ke sana. Walaupun tak graduate pun from both universities, aku belajar banyak benda  dan aku jumpa banyak orang dari yang kulit melanin paling banyak sekali (negros) sampailah yang melanin paling sikit sekali. Selain daripada belajar content knowledge yang terlampau advanced dengan otak aku, aku juga belajar pasal kehidupan. 

Aku juga berpeluang berjumpa dengan orang hebat-hebat dan gempak-gempak yang membuatkan diri ni terasa biasa-biasa saja. Jadinya, selama ni kau bajet hebat la? Tak de la sampai begitu, tapi terasa hebat jugak la. =_=’

Waktu aku kat UTM dulu, ada sorang senior express-mara programme yang sangat cool dan modest. Beza umur 3 tahun dengan batch aku tapi dengan selambanya  bahasakan diri aku kau. Aku rasa dia dari batch 11 forecast. Tapi yang pastinya dia ex-mrsm tgb (jasin). Semua benda pasal kimia tanya la dia. Lebih kurang macam dewa Kimia gitu. Memang hebat la sifu kitorang ni. Tapi di sebalik kepandaian dia tu, aku admire 1 benda kat dia; which is his thought. Sangat matang dan tidak sekular. 

And oh, I unintentionally read his status  while browsing the news feed on facebook. A very intriguing question to ponder..

zamir

zamir1

zamir2well said  😉

Well, sekarang dia tengah further study kat University of Bristol, Phd. Cool gila..Tak yah ambik master terus Phd. Haruslah kan..Penerima biasiswa Yang di-Pertuan Agong dan penerima Anugerah Pelajaran Diraja mestilah gempak-gempak belaka. Berapa orang je dalam Malaysia ni yang layak dapat. Apa-apa pun, all the best to you Zamir dan semoga dapat memanfaatkan ilmu untuk agama dan ummah. 🙂

Diri kita..Selalunya macam di bawah ni,

Maka apabila manusia ditimpa bencana, dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku.” Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. [Surah Al-Zumar (39): Ayat 49]

Betul kan?