Pasca PRU13

Aku rasa masih belum terlambat lagi bagi aku mengucapkan tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengundi untuk PRU13 kali ini. Dan kepada kerajaan ‘baru’ yang masih kekal di Putrajaya, selamat mentadbir negara Malaysia ini dengan baik. ceyy..

Well, baik sebelum mahupun selepas pilihanraya, banyak aku tengok poster-poster manifesto di’post’ di media internet. Ada yang serius dan ada yang lawak gila oke. Orang Malaysia memang rajin buat komik internet meme. Takpa takpa sebab lawak troll tu ada logiknya jugak. 

Kat bawah ni adalah keputusan PRU13. Haha

Image

 So, here we are. Here comes the memes!!

Image

yang ni  memang sangat betullah

LAGIdeymm..yang ni sape tak nak..haha

Buat parti politik yang masih kekal sebagai kerajaan, jadilah kerajaan yang telus. Kalau tak nak tukar politik kerajaan tak mengapa tapi sekurang-kurangnya tukarlah cara berpolitik. IM4U 😉

Advertisements

Politik hari ini..Only in Malaysia

Bila cakap pasal politik, mesti orang lain akan anggap kita ni bersungguh gila. Terutama sekali bila orang tu pulak cakap pungpang pungpang pasal parti yang dia sokong. Parti yang dia sokong je yang bersih lagi suci. Tiada yang dusta melainkan benar belaka. Dan automatically juga kita akan boleh trace dia ni side parti mana. Haha. Aku selalu jumpa even dalam rumah nenek aku kat kampung. Tambah pulak jenis yang suka baca atau dengar berita yang one-sided. Lagi lerr..

Well, aku tak nak cakap pun pasal parti politik mana yang betul dan bersih dan parti politik mana yang salah dan kotor. Nak sokong parti mana terletak di tangan anda yang memangkah cuma jangan buta dengan parti politik yang disokong. Lain negara, lain masalah. Aku percaya negara lain pun ada masalah pasal politik tapi mungkin pasal perkara lain.

Fenomena yang sedang berlaku dalam politik kat Malaysia ni sebenarnya adalah islam yang dipolitikkan. Bukan politik yang diislamkan. Sebetulnya politiklah yang perlu diislamkan. Betul? Aku rasa kalau politik di Malaysia ni diislamkan, jenayah dan skandal kolar putih mungkin akan berkurangan. Semuanya bermula dari pemimpin bukan? Even dalam English proverb pun ada sebut, fish begins to stink at the head. 

Dan buat kepada ignorant yang malas ambil kisah pasal hal ini, mohon ambil kisah. Aku pun dulu ignorant jugak sebab politik ni kotor kata aku. Tapi bila teringat balik sirah dalam subjek pendidikan islam dulu, politik (siasah) memang dah ada. Ceh, sia-sia aku belajar pendidikan agama islam 5 tahun baru sekarang nak sedar. Nampak sangat dulu hafal guna akal tapi tak guna hati. So, kepada ignorant sekalian, sila ambil tahu mengenai keadaan politik semasa. Kalau Matluthfi kat Australia boleh ambik tau, tak kan kita yang kat Malaysia pun malas nak ambik tahu.

Disclaimer: Aku bukanlah seorang penganalisis politik mahupun pelajar yang mengambil jurusan sains politik di universiti. Aku tak pandai pun berpolitik. Kalau ikutkan dari pengalaman dan pengetahuan, aku tak layak pun cakap pasal politik tapi tak kan lah sampai dah umur 22 tahun dan sudah boleh mengundi pun tak layak lagi. Kata negara demokrasi. Apa yang aku tulis adalah berdasarkan pendapat dan pandangan aku sendiri serta realiti sebenar situasi politik di Malaysia yang aku tengok. Kita semua tahu dan aku rasa kita boleh judge sendiri.

the people dont realise their true powerthe truth. exclusively from 9GAG

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudara kamu pemimpin-pemimpin kamu, jika mereka lebih mengutamakan kekafiran daripada keimanan. Barang siapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpin kamu, maka mereka itulah orang yang zalim.” [Surah al-Taubah (9): Ayat 23]

Aku tak kata mana-mana parti politik itu betul. Mohon kaji sendiri. All the best 🙂