Maturity versus age

Memandangkan tahun 2013 semakin nak habis, umur aku pun semakin ‘senior’, kad jemputan pun dah berapa kali dapat. Jemputan kawen pun dah berapa kali attend. Diri ini pun semakin lama semakin ramai yang memanggil ‘akak’.

Selalunya when it comes to age, orang akan kaitkan dengan kematangan. Atau dalam bahasa inggerisnya macam yang aku tulis kat atas tu, maturity. Dan pada suatu hari ketika aku sibuk menscroll up and down news feed kat fb, aku terjumpa satu post yang membuatkan aku begitu tertarik.

Post tu dikongsi oleh kawan aku. Aku pun dengan berbekalkan tahap curiousity yang tak buleh blah terus meneroka benda yang kawan aku share. Sesungguhnya benda tersebut sangat menarik.

Kau orang mesti penah dengar pasal mental age kan? Atau dalam bahasa Melayu dipanggil umur mental. Mental age ni sebenarnya adalah satu konsep yang berkait rapat dengan kepandaian seseorang. Namun, tak semestinya orang yang mempunyai mental age yang lebih tua mempunyai tahap kepandaian yang sama dengan mental age dia. Dan keputusan mental age test tersebut tidak semestinya menggambarkan seseorang akan bertindak pada mental age yang telah diperolehinya dalam semua aspek kehidupan. Contoh, budak gifted yang berumur 6 tahun akan still bertindak macam budak umur 3 tahun dalam sesetengah perkara.

Mental age ni adalah kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi dan boleh jadi betul ataupun sebaliknya. Dah nama pun kajian manusia kan. Tapi aku rasa benda ni tak mustahil untuk dikaji lebih mendalam lagi sebab nabi kita, Rasulullah SAW mempunyai pemikiran yang sangat matang berbanding usianya. Beyond every human could ever imagine. Begitu juga dengan sahabat-sahabatnya. Mungkin boleh jadi satu kajian sirah dan psikologi yang menarik.

Ok. Berbalik kepada post yang aku jumpa kat news feed tu. Aku pun try la buat test tu. Nak try tengok berapa mental age aku kononnya. Aku buat dan aku dapat ni.

mental age

Berdasarkan umur mental yang aku dapat, memang tua sangat2 lah dari umur aku yang sebenar. Mujur tak de uban atas kepala. Sebenarnya mental age ni kita tak boleh nak agak berapa. Tapi yang pasti, soalan-soalan yang diajukan dalam test tu semuanya berkisar mengenai tindakan yang kita ambil dalam hidup. Bagi aku, mental age ni lebih kepada kompetensi kecerdasan emosi. Sort of..

Disclaimer: Test ini adalah just for fun.

So, kalau kau orang semua nak buat boleh tekan sini. Bahasa yang digunakan adalah bahasa Inggeris tapi jangan risau sebab english dia sangat mudah sebab originally from Japan. Kalau korang taip kat google pasal mental age test tu banyak je yang keluar tapi ada yang english dia tahap high. Orang biasa macam aku ni tak berapa nak paham sangat. Yang ni aku rasa sesuai untuk semua peringkat umur. Uncle and auntie pun boleh buat. 

“Treat the challenges in your life as one of your experiences, not as your adversaries”. 

Terima kasih sudi baca. 🙂