Pulut udang..

Situasi 1

Suasana di bazar Ramadhan di Taiping, Perak.

Seorang budak perempuan sedang berjalan-jalan mencari pulut udang kegemaran di sebuah pasar ramadhan di kampung. Sambil berjalan-jalan, beliau singgah di sebuah gerai yang nampak macam best.

Budak pompuan: Makcik, pulut udang ni kira macam mana?

Makcik: 4 seringgit nak oii

Budak perempuan: Pulut udang ni inti apa?

Makcik: …………………. (apa ke cerdik sangat soalan budak nih)

 

Situasi 2

Suasana di bazar ramadhan di Kuala Terengganu.

Masih budak perempuan yang sama sedang berjalan-jalan mencari pulut udang favouritenya.

Budak pompuan: Makcik, pulut udang ni kire gane?

Makcik: 3 singgit dik

Budak pompuan: Pulut udang ni inti mende eh?

Makcik: Hop tu inti ikang dik. Tak dop inti udang sini

Budak pompuan: Ok

DSC_8185_e

Moral of the story: Maafkanlah manusia yang kadang-kadang suka bertanya soalan ‘bodoh’ kepada korang. Kadang-kadang soalan yang ditanya tu adalah hasil daripada perbezaan budaya setempat. Dan kepada yang ditanya pulak, jangan terlalu mudah menghakimi orang mengenai¬†soalan yang ditanya.