Kecantikan versus kepintaran

Dulu aku tak pernah pikir sangat pon pasal 2 benda yang sering menjadi ukuran seseorang perempuan. Waktu aku sekolah dulu pon memang kebanyakan kawan aku pandang kecantikan (aku pon sama) tapi bagi kitorang, kepintaran tu lebih penting dan majority kawan aku dan termasuklah aku sendiri akan pandang orang cantik yang pandai. Orang putih kata ‘beauty with the brain’.  Tapi sejak aku dah meningkat tua ni, tetiba aku rasa macam kecantikan tu lebih diutamakan berbanding kepintaran. Katanya, kepintaran tu  boleh diasah tapi kalau kecantikan tak boleh diasah macam kepintaran. Oh dunia…

Tapi, sapa yang tak suka kecantikan kan? Aku suka, kawan aku suka, rumet aku suka, mak aku suka, semua orang suka, Allah pon suka. Tapi aku percaya yang kecantikan sebenar terletak pada hati dan bukan pada paras rupa semata-mata. Jom sama-sama mencantikkan hati. Wajah yang cantik akan terpancar daripada hati yang cantik. Wow..manis sungguh aku berkata-kata.

#tapi kalau orang tu cantik, pandai dan baik lagi solehah, untunglaa.. 🙂