Homoseks zaman siber

Sebelum tu aku nak minta maaf sebab tajuk kali ni berbunyi sedikit kontroversi dan berbaur seksualiti yang agak sensitif.

Sesungguhnya aku amat yakin dan pasti bahawa semua telah sedia maklum dengan perkataan homoseks atau dalam bahasa mudahnya gay. Gay adalah berlawanan dengan istilah heteroseks. Bunyinya macam lagi pelik tapi jangan risau, inshaAllah pelaku heteroseksual ini tidak pelik. Bahkan normal seperti kebanyakan manusia yang sepatutnya.

Golongan homoseksual ni bukanlah golongan yang baru muncul. Tapi sebenarnya merupakan kes klasik yang dah lama muncul sejak zaman Nabi Luth lagi. Dulu waktu mula-mula islam masih kukuh dihati para muslim dan muslimah, golongan minoriti yang berstatus homoseks ini dicemuh bahkan dihina kerana berstatus sedemikian. Aku agak dalam tahun 70-an hingga 90-an gitu. Time tu orang putih pun tak suka homoseks. Tak caya try tengok American Horror Story:Asylum FX TV Series.  Cerita tu time setting tahun 1964. A sapphic reporter was admitted to asylum to treat her homosexuality. Asylum tu pulak dikendalikan oleh pihak gereja. Waktu zaman tu homoseks merupakan satu abomination.

mxeluniversalpic025160zacharyquintophotoshoot

Kau nampak dia macam normal kan? Tapi dia gay ok. Aku agak minat sebenarnya pelakon di atas ini. Dia famous dalam Heroes dengan watak Sylar dan dalam American Horror Story: Asylum pun dia ada jugak.

Mula-mula tu aku nak tak nak percaya yang orang putih dulu pun tak suka homoseks ni. Tapi bila aku try explore dan buat sedikit research, memang betul yang penganut Christian pun sebenarnya menentang homoseksualiti ini pada suatu ketika dahulu. Namun, entah kenapa sejak akhir-akhir ini, dorang dah tak hiraukan lagi pasal tegahan agama sendiri dan melanggar batasan seorang manusia menyukai manusia sesama jantina. Bahkan bangga mempamerkan homoseksualiti depa. Nauzubillah. Harap mereka menemui jalan taubat.

Dan yang agak mengejutkan aku sekali adalah apabila ada manusia yang berani membuat petition bagi membela nasib golongan gay di India. Mana aku dapat tau benda ni? Ok. Ni aku nak cerita. Dulu kan aku penah post yang pasal Dr. Morsi time Mesir tengah huru-hara tu, benda petition yang aku minta sokongan untuk support Dr. Morsi tu datangnya dari website Avaaz.org yang merupakan satu organisasi global yang mempromosikan isu-isu aktivism seperti climate change, human rights, animal rights, corruption, poverty and conflict. Pendek kata satu organisasi yang bagus dan tidak mengira bangsa, agama mahupun negara.

Bagi isu gay ini,aku tak menyalahkan Avaaz tapi aku rasa agak keterlaluan bagi orang yang menyuarakan petition tersebut. Dah jadi kepentingan peribadi bagi aku. Satu lagi sebab semua agama menentang isu homoseksualiti ini. Sangat melampau ini orang India. Isu homoseks pun nak mintak orang undi petition dia. Walaupun aku support Avaaz ni tapi untuk undi for gay? Hell no! Aku harap petition untuk gay ni tak mendapat undi yang ingin dicapai.

gay right

This is not human rights. This is personal gain for homosexuality. Dear Indian parliament, you are doing it right.

Terima kasih sudi baca. 🙂

Advertisements