Remaja zaman sekarang. Tahun: 2013 Masihi/1434 Hijrah

Semasa berstudy week, aku telah cuba membersihkan otak dan hati aku daripada segala benda yang kurang baik. Oleh itu, aku telah membaca satu artikel yang aku rasa sangat universal dan realistik. Rasa macam baru kena ketuk dengan tukul kat kepala.

Berbicara tentang kebebasan, ia sedikit sebanyak berkaitan dengan kenyataan pahit yang dikeluarkan oleh paderi dalam sebuah persidangan paderi di Jerusalem:

“Kamu telah membentuk suatu generasi baharu di negeri-negeri kaum Muslimin yang tidak kenal lagi kepada Allah. Generasi baharu Islam ini akan mengikut sebagaimana yang dikehendaki oleh penjajahan, tidak mengambil berat lagi hal-hal yang besar. Mereka sukakan rehat dan malas serta tidak mementingkan sesuatu pun melainkan nafsu sahaja.

Jika mereka belajar, ia kerana nafsu. Jika mereka mengumpul wang, ia kerana nafsu. Jika mereka menduduki tempat-tempat yang tinggi, ia kerana nafsu. Mereka akan melakukan sesuatu tanpa ada pantang larang lagi”

Aku rasa apa yang paderi tu cuba sampaikan sangat betul. Yes, dia paderi berlainan agama tapi dia juga percaya akan adanya Tuhan dan sememangnya apa yang dikatakan oleh paderi itu adalah hakikat sebenar remaja hari ini. Dan oleh itu, sempena Maal Hijrah yang akan menyusul pada esoknya, 5 November 2013 bersamaan 1 Muharram 1435, aku harap kawan-kawan aku yang terbaca post ini jom sama-sama kita berubah ke arah yang lebih baik. Jom!

Note: Artikel tersebut ditulis oleh Juwairiah Md Jamil yang merupakan seorang pendidik di SMK Georgetown, P.Pinang.

Advertisements